Bagi kitaran haid normal, biasanya kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Namun begitu, ada juga yang kitaran yang lambat sehingga 35 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Jom kita fahamkan gambar tersebut
Fasa Haid (Hari 1-4)
- Ini di panggil fasa pengeluaran haid (menstruation)
- Ketika ini darah haid keluar
- Haid pertama adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula
- Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari.
- Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan, sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.
- Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan
Fasa follicular (juga dikenali sebagai fasa proliferative) (Hari 5-13)
- Ini dipanggil fasa follicular.
- Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat
- Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung.
- Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Ovulasi (bukan fasa tetapi kejadian membahagi fasa) Hari 14
- Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku
- Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak
- Sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH)
- Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.
- Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim
Fasa luteal (juga dikenali sebagai fasa rembesen (secretory) Hari 15-28
- Ini dipanggil fasa Luteal atau fasa secretory
- Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progesterone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum)
- Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal
- Setelah prosterone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin
- Proses ini akan mengalami kitaran semula pada hari 1
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya. Bilakan secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
14 days from the 1st day of your NEXT period -NOT your previous period
Tak faham? Macam ni, Katalah period anda adalah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari -14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur, bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35 hari - 14 hari = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa follicular boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda tetap dan normal, tidak menjadi masalah untuk mengira waktu subur berbanding period yang berubah-berubah.
sumber: wikipedia
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
Siti Suhana Buang
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866456 ]
♥ Contact No | 016 - 2384866
♥ Emel : sitisuhana@gmail.com
♥ Laman web: http://superbvitamine.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment