>

Jom Like

Thursday 12 December 2013

Mengapa Saya perlukan Supplemen?

Supplemen VS Makanan Semulajadi
Ramai yang keliru dan ada juga yang tidak faham, mengapa kita perlu mengambil sesetengah makanan tambahan (supplemen)? Tidak cukupkah bekalan vitamin yang terdapat dalam menu diet kita seharian?? Jom kita fahamkan bersama :)

Supplement sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi,  dan supplement shaklee (saya specifickan shkalee sebab ia semulajadi, selamat dan telah diuji berkesan! peace!)  hanya membantu menutup lubang-lubang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.

Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru.

Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian.

Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.