>

Jom Like

PENGAMBILAN VITAMIN


Vitamin Larut Air : B dan C : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak : A,D,E,K : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix : Kalsium : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
  1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan customer, di bawah adalah cadangan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee

WaktuCadangan Pengambilan
Pagi B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi ESP
Tengah Hari Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang  ESP
Makan MalamLecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
ZincSeminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
NutriferonSeminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shakeBoleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
AlfalfaAmbil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Pengambilan air yang banyak amat digalakkan. 1 liter untuk setiap 25kg berat badan seseorang. Oleh itu, dewasa sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu.


Siti Suhana Buang
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 866456 ]
♥ Contact No | 016 - 2384866
♥ Emel : sitisuhana@gmail.com
♥ Laman web: http://superbvitamine.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment