Jom Like

Friday 7 February 2014

Halal Shaklee 2014

Alhamdulillah, Sijil halal Shaklee telah dikeluarkan. Anda boleh lihat di SINI
Sebanyak 28 produk makanan tambahan Shaklee telah disenaraikan di dalam sijil ini. Sijil halal ini sah sehingga 31 Disember 2014, dan akan dikemaskini lagi selepas itu.

Sijil Halal Shaklee 2014

Untuk pengetahuan produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America)

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)

Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh klik di SINI untuk melihat badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia.

ISA Adalah Badan yang diiktiraf oleh JAKIM



No comments:

Post a Comment